Showing posts with label misteri. Show all posts
Showing posts with label misteri. Show all posts
Monday, 18 August 2014
04:08 0

SERAM! Ambil Gambar Anak Saudara, Tapi Dapat Gambar Lain?


Kisah ini admin taktahu berlaku di mana tapi admin dapati gambar ini daripada hasil carian di facebook melalui fanpage Oh Media! gambar ini dikatakan di ambil oleh seorang wanita yang mahu menangkap gambar anak saudaranya. Tetapi dalam gambar tersebut terdapat satu lagi budak hitam yang tidak dikenali yang melihat cameranya juga. Perkara ini sememangnya menggemparkan keluarga tersebut.

Wanita itu berkata,

"oh media sy nk share nie pic anak sedara sy yang diambil pukul 11 mlm. Ade budak kecik warna hitam kat belakang tue baru perasan gambo nie ade budak tue taun nie"




Gambar itu jika diteliti terdapat kepala budak kecil. Seram bukan?
Sunday, 17 August 2014
10:41 0

MESTI TENGOK! Kisah Seram Potret ‘Menangis’ Lukisan Banduan Akhir Penjara Pudu


SEBUT sahaja Penjara Pudu, pasti pelbagai kisah seram yang pernah diceritakan sebelum ini berlegar-legar di minda. Nama penjara Pudu sememangnya sangat terkenal dan merupakan antara penjara yang terbesar dan paling Misteri di negara kita. Penjara Pudu ini terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur namun telah dirobohkan atas tujuan pembinaan bangunan baru.

Tidak dapat dinafikan penjara yang dibina pada zaman penjajahan British pada tahun 1891 itu menyimpan rahsianya yang tersendiri. Pelbagai kisah misteri dirungkai satu demi satu dan terdapat pelbagai kisah yang menyeramkan di dalam penjara itu.

Meskipun sudah dirobohkan pada tahun 2010, kisah misteri yang menyelubungi penjara tersebut akan terus diceritakan. Sudah menjadi adat orang melayu yang suka mendengar kisah seram serta benda-benda ghaib seperti hantu ini.

Salah satunya ialah mengenai potret ‘menangis’ yang dilukis oleh seorang banduan di sebuah bilik akhir penjara itu.

Menurut bekas penghuni penjara itu yang dikenali sebagai Nasyitah, pelukisnya sedang menunggu untuk dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada ketika itu. Kejadian ini sememangnya sering diceritakan oleh pengawal penjara dan juga bekas-bekas banduan di situ.

Apa yang peliknya, lampu di bilik itu akan terpadam jika dihidupkan dan pada ketika itu, potret tersebut akan kelihatan bercahaya seolah-olah ‘hidup’.

Ia dikatakan akan menangis apabila hari penggantungan seseorang banduan hampir tiba.

Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat kami pastikan lantaran bangunan itu kini sudah pun lenyap. Wallahu a’lam

Sumber : oomedianetwork
Thursday, 14 August 2014
16:57 0

MESTI TENGOK! Perempuan Ini Diburu kerana Mengeluarkan Tulang Rusuknya Sendiri


Spekulasi yang tersebar sejak bertahun-tahun lalu bahawa penyanyi Mexico, Ariadna Thalia Sodi Miranda mengeluarkan tulang rusuknya untuk kelihatan kurus, akhirnya terjawab. Ternyata jika anda membaca berita ini anda semua pasti akan terkejut dan tidak mempercayai akan berita sebegini.

Penyanyi itu telah memuat naik gambar dia bersama tulang rusuk yang disimpan dalam balang, dalam instragam miliknya. Mana mungkin tulang rusuk dicabut dengan begitu saja kan? Persoalan sekarang, benarkah tulang rusuk yang beliau simpan di dalam balang tersebut? 



“Anda rasa saya membuang tulang rusuk saya? Ya, Tidak? Tak ramai yang percaya tapi sampai sekarang ramai orang masih mencurigai akan tulang rusuk yang dicabutnya itu.

“Kepada peminat dari Filipina, ini buktinya. Saya sayangkan tulang rusuk saya. Saya menyimpannya selama ini dan persoalan berterusan.” itu yang ditulisnya, sekaligus terus mencetuskan persoalan lagi di kalangan peminat penyanyi berkenaan.

Namun tidak diketahui sama ada sama ada imej di instagram itu betul atau sekadar lawak jenaka

Thalia yang mempunyai peminat di kalangan penduduk Filipina, dikatakan membuang dua tulang rusuknya untuk kelihatan ramping.

Beliau telah mencetuskan persoalan baru-baru ini apabila menyebut mengenai perkara berkenaan dalam satu temu bual.
Tuesday, 5 August 2014
00:57 0

MESTI TENGOK! Gambar Viral Tangan Hantu di Restoran Ketika Gadis Sedang Selfie

Gambar ini telah menjadi viral sekitar hari raya baru ini. Mana taknya sebut pasal hantu mesti cepat je orang melayu kita nak dengar dan ambil tahu. Jom ikuti kisah ini. Sekeping gambar menjadi viral apabila dikatakan terdapat tangan misteri disamping gadis-gadis yang sedang makan di sebuah restoren.

Di dalam gambar itu, 3 orang gadis mengambil gambar kenang-kenangan sedang menjamu selera di sebuah restoren di Kedah.

Namun, terdapat gambar tangan misteri muncul di antara muka 2 orang gadis itu.
Dari komen para pelayar facebook, gambar ini berlaku di Sungai Petani, Kedah.

Terdapat episod tuduh-menuduh sehingga ada berkata restoran itu menggunakan pelaris. Namun perakra ini disangkal oleh anak buah pemilik restoren tersebut. Persoalannya tangan siapakah yang diletak dibahu perempuan itu?









Sumber : Hotlips

Sunday, 3 August 2014
06:20 0

KENAPA Briged Al-Qassam Memakai Topeng? Jawapan Ini Bakal Mengubah Persepsi Anda


Hari ini kita digemparkan dengan kes peperangan antara pihak Israel dan juga Palestine. Dan Briged Al-Qassam sememangnya disanjung tinggi oleh negara-negara Islam kerana semangat jihad mereka yang berkobar-kobar. Namun adakah kita tahu mengapakah mereka sering memakai topeng? Perkara ini membuatkan ramai yang menganggap mereka adalah terrorist. Sebenarnya perkara ini lah yang membuatkan mereka memakai topeng. Jom ikuti kisah ini di bawah :



04:23 0

JOM TENGOK! Inilah Sungai Paling Menyeramkan dan Paling Kotor Di Dunia [8 Gambar]


Sungai Ganges merupakan sebatang sungai suci dalam kepercayaan Agama Hindu di India. Sungai itu akan dipenuhi oleh orang ramai pada setiap hari untuk meyucikan diri daripada dosa.

Apa yang menjijikan adalah, setiap hari juga di tebing sungai tersebut akan dibakar ratusan mayat di mana debunya ditabur ke dalam sungai tersebut.

Difahamkan antara debu mayat yang pernah ditabur ke dalam Sungai Ganges termasuklah debu Gandhi dan George Harrison.

Namun beigtu, berdasarkan beberapa foto yang diambil di sungai tersebut, amat jelas sekali sungai tersebut begitu kotor dan menjijikkan dengan mayat-mayat yang terapung dan juga bangkai haiwan seperti kerbau.

Jom lihat foto-foto yang diambil di Sungai Ganges:






01:37 0

MESTI TENGOK! Himpunan Koleksi Gambar Hantu di Malaysia (12 Gambar)



Jika menurut sumber Wikipedia, Hantu secara umum ianya merujuk kepada roh atau arwah yang meninggal dan kembali datang menganggu orang serta makhluk ghaib yang tidak mudah untuk dinampak dengan mata kita sendiri. Definisi dari hantu sebenarnya berbeza antara setiap agama, peradaban, maupun adat istiadat. Ini kerana terdapat pelbagai kepercayaan yang lantas membuatkan terdapat pelbagai jenis hantu yang masing-masing mempercayainya.

Meskipun secara umum hantu merujuk pada suatu zat yang mengganggu kehidupan di muka bumi, dalam banyak kebudayaan, hantu tidak didefinisikan sebagai makhluk yang baik maupun jahat. Sebutan setan, iblis, pontianak, toyol dan sebagainya, lebih umum digunakan untuk merujuk kepada hantu yang jahat. Jom ikuti gambar-gambar sekitar malaysia ini di bawah :













Saturday, 2 August 2014
08:39 0

MESTI TENGOK! Bandar Golongan Kaya Kini Jadi Bandar Hantu


Pada hari ini, penduduk setempat menggelar bandar ini sebagai 'Bandar Mati' atau 'Bandar Hantu'. Terletak di Wilayah Autonomi Guangzhi Huang, bandar ini pada asalnya dibina dengan mensasarkan golongan kaya namun apa yang berlaku, tidak ada golongan kaya melabur untuk bandar serba canggih dan cantik tersebut.

Hal ini kerana, bandar ini terletak jauh daripada pusat-pusat ekonomi yang penting. Oleh kerana kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi, bandar tersebut dibiar mati begitu sahaja.

Jom tengok gambar-gambar bandar yang mewah ini namun ditinggalkan begitu sahaja:




Thursday, 24 July 2014
01:33 0

MESTI TENGOK! Jenazah yang Dikafankan dibelit Ular Hingga mayat menjadi Hitam


Semoga kisah ini menjadi pedoman untuk kita semua. Jom ikuti kisah nasib jenazah ini. Jenazah ini Dikafankan Dibelit Ular Hingga Mayat Hitam. Gempar seketika dengan keadaan yang pelik ini. Kebiasaannya kita dengar cerita pelik dan misteri,tapi kali ini disertakan gambar yang jelas.Gambar satu jenazah yang telah siap dikafankan tiba-tiba dibelit ular mulai tersebar dimedia sosial.Terbayang dikepala, apakah dosa yang telah dilakukan si mati hingga jenazahnya jadi begitu, tambah pula dengan keadaan mukanya yang hitam berbanding warna tubuh badannya. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai kisah ini kan?



Sebenarnya kisah ini merupakan babak filem drama Tanah Kubur. Tujuan ramai blogger share cerita ini adalah untuk memberi rasa takut kepada pencipta kita iaitu Allah SWT. Sesungguhnya janganlah kita melakukan kejahatan. Allah itu maha Adil dan bijaksana. Semoga kisah ini berjaya membuat anda berasa gerun serta mensyukuri dengan nikmat yang kita sedia ada.
01:31 0

MESTI TENGOK! Pasaraya di Malaysia Ini Guna Simbol Yahudi untuk Promosi Hari Raya !


Perkara ini jika sekali pandang nampak seperti remeh temeh. Tapi jika kita berfikir sejenak, hal ini merupakan sesuatu yang menggemparkan orang ramai. JIKA disebut ‘Star of David’, pasti ada yang sudah membayangkan simbol bintang yang terdapat pada bendera Israel.

Menerusi laporan Oh!Media, agak mengejutkan apabila sebuah pusat pasaraya iaitu Megamall Pacific di Perai, Pulau Pinang menggunakan simbol tersebut sebagai hiasan sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Apa la nak jadi ni? Macam tak ada simbol lain ke? Lihat gambar di bawah ini. Focus kepada bulatan merah tersebut :



Untuk makluman, simbol tersebut turut digunakan dalam buku sembahyang Yahudi iaitu Siddur yang bertajuk God of Israel. Kita sepatutnya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian. Jangan jadikan simbol yahudi sebagai fesyen ataupun hiasan di dalam hidup kita. Sesungguhnya kelak hati kita akan menjadi gelap. Nauzubillah. Wallahualam
Wednesday, 23 July 2014
11:01 0

MESTI TENGOK! Balasan Allah di Dunia Kepada Tentera Teroris Amerika Dan Sekutunya


Jika anda melihat gambar di bawah ini pasti ramai yang akan terkejut dan merasa takut dengan pembalasan Allah terhadap orang-orang kafir laknatullah ini. Jika kita dapat lihat ramai teroris Amerika Syarikat yang telah dikenakan balasan dunia oleh Allah SWT. Jika kita dapat lihat betapa buruknya muka mereka setelah mereka melakukan keganasan di negara-negara Islam...


“Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan.” ( QS. al-Anfal : 36 )







Monday, 21 July 2014
21:30 0

APAKAH KESUDAHAN Jenazah Islam dan Juga Mayat bukan Islam dalam Nahas MH17?


Tidak habis lagi dengan berita MH17. Kali ini ramai orang bertanya mengenai bagaimanakah Jenazah-jenazah Islam akan diuruskan di sana? Mengikut gambar-gambar yang tersebar di media antara bangsa segala serpihan MH17 dan jasad-jasad mangsa MH17 kini di pindah kan oleh pihak-pihak tertentu ke satu lokasi rahsia. Lokasi ini sendiri pun admin tidak berapa pasti di mana.


Mengikut Tweet seorang koresponden bebas dan penerbit berita di Ukraine, Volodymyr Solohub (gambar bawah) lewat malam ini menimbulkan persoalan yang menakutkan.




Dipercayai, jasad para mangsa MH17 telah mula dikeluarkan dari tempat kejadian dan dipindahkan menggunakan lori ke lokasi yang tidak didedahkan.

Adakah semua jasad-jasad ini akan dibawa ke Moscow?


Pemandu lori yang ditahan para pemberita juga memberitahu dia tidak pasti ke mana jasad-jasad berkenaan akan dibawa.



Dengan wilayah di mana kapal berkenaan yang dipercayai ditembak oleh kumpulan pemberontak pro-Russia terus bergolak, perkembangan terbaru ini pasti membimbangkan.


Pasukan penyiasat Malaysia juga belum dibenarkan masuk ke lokasi kejadian tetapi jasad mereka-mereka yang terkorban sudah mula dipindahkan. Ini mungkin tindakan mahu memadam bukti.


Jika mereka boleh menembak kapal awam tanpa rasa bersalah, tidak mustahil mereka boleh memindahkan begitu sahaja semua jasad yang ada tanpa sesiapa dapat melihatnya lagi.


Harap itu tidak berlaku kerana para waris mangsa mesti mahu menatap wajah yang tersayang buat kali terakhir dan mahu mereka ditanam di kampung halaman sendiri.