Thursday 24 July 2014
01:31 0

MESTI TENGOK! Pasaraya di Malaysia Ini Guna Simbol Yahudi untuk Promosi Hari Raya !


Perkara ini jika sekali pandang nampak seperti remeh temeh. Tapi jika kita berfikir sejenak, hal ini merupakan sesuatu yang menggemparkan orang ramai. JIKA disebut ‘Star of David’, pasti ada yang sudah membayangkan simbol bintang yang terdapat pada bendera Israel.

Menerusi laporan Oh!Media, agak mengejutkan apabila sebuah pusat pasaraya iaitu Megamall Pacific di Perai, Pulau Pinang menggunakan simbol tersebut sebagai hiasan sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Apa la nak jadi ni? Macam tak ada simbol lain ke? Lihat gambar di bawah ini. Focus kepada bulatan merah tersebut :



Untuk makluman, simbol tersebut turut digunakan dalam buku sembahyang Yahudi iaitu Siddur yang bertajuk God of Israel. Kita sepatutnya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian. Jangan jadikan simbol yahudi sebagai fesyen ataupun hiasan di dalam hidup kita. Sesungguhnya kelak hati kita akan menjadi gelap. Nauzubillah. Wallahualam

0 comments:

Post a Comment