Sunday 17 August 2014
10:41 0

MESTI TENGOK! Kisah Seram Potret ‘Menangis’ Lukisan Banduan Akhir Penjara Pudu


SEBUT sahaja Penjara Pudu, pasti pelbagai kisah seram yang pernah diceritakan sebelum ini berlegar-legar di minda. Nama penjara Pudu sememangnya sangat terkenal dan merupakan antara penjara yang terbesar dan paling Misteri di negara kita. Penjara Pudu ini terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur namun telah dirobohkan atas tujuan pembinaan bangunan baru.

Tidak dapat dinafikan penjara yang dibina pada zaman penjajahan British pada tahun 1891 itu menyimpan rahsianya yang tersendiri. Pelbagai kisah misteri dirungkai satu demi satu dan terdapat pelbagai kisah yang menyeramkan di dalam penjara itu.

Meskipun sudah dirobohkan pada tahun 2010, kisah misteri yang menyelubungi penjara tersebut akan terus diceritakan. Sudah menjadi adat orang melayu yang suka mendengar kisah seram serta benda-benda ghaib seperti hantu ini.

Salah satunya ialah mengenai potret ‘menangis’ yang dilukis oleh seorang banduan di sebuah bilik akhir penjara itu.

Menurut bekas penghuni penjara itu yang dikenali sebagai Nasyitah, pelukisnya sedang menunggu untuk dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada ketika itu. Kejadian ini sememangnya sering diceritakan oleh pengawal penjara dan juga bekas-bekas banduan di situ.

Apa yang peliknya, lampu di bilik itu akan terpadam jika dihidupkan dan pada ketika itu, potret tersebut akan kelihatan bercahaya seolah-olah ‘hidup’.

Ia dikatakan akan menangis apabila hari penggantungan seseorang banduan hampir tiba.

Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat kami pastikan lantaran bangunan itu kini sudah pun lenyap. Wallahu a’lam

Sumber : oomedianetwork

0 comments:

Post a Comment