Anak tersebut bernama Muhriz Marzaidi, 10, duduk di tepi keranda ibunya dan menangis teresak-esak sambil mengesat air mata. Sayu hati admin apabila melihat detik-detik ini.
Dia kemudiannya dipujuk dan dibawa keluar dari ruang jenazah ibunya ditempatkan.
Inilah antara detik hiba yang menyelubungi apabila jenazah Allahyarham Mastura tiba kira-kira 12.40 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang.
Ternyata kemalangan MH17 ini memberikan kesan sangat mendalam kepada negara kita. Negara kita berkabung tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa nahas MH17.
Jenazah kemudiannya ditempatkan di ruang khas di dalam masjid untuk orang ramai memberi penghormatan sebelum solat Jumaat.
Bapa Allahyarham, Mustafa Abdul Samad, 83, anggota keluarga dan saudara mara Allahyarham turut hadir.
Selesai solat Jumaat dan diikuti solat jenazah, van yang membawa jenazah Allahyarham beredar ke Tanah Perkuburan Islam Paroi, berhampiran Stadium Tuanku Abdul Rahman.
Suasana hiba terus dirasai di tanah perkuburan sebaik ketibaan jenazah Allahyarham untuk disemadikan buat kali terakhir.
Jenazah Allahyarham adalah antara 20 jenazah mangsa pesawat MH17 warga Malaysia yang dibawa pulang dari Amsterdam hari ini.
Allahyarham merupakan antara 298 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines tersebut yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Ketika itu pesawat dalam perjalanan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.
Sumber : BERNAMA
0 comments:
Post a Comment