Friday, 22 August 2014
06:40 0

MESTI TENGOK! Budak Sekolah Beruniform Sedang Asyik buat apa di Sawah?




Semakin hari semakin banyak kita mendengar cerita yang kurang enak dikalangan anak muda melayu kita sendiri. Apakah kita melayu memang gah pada nama tetapi sebaliknya? Bak kata pepatah indah khabar dari rupa. Cuba lihat gambar diatas, apa yang anda perasan? Sekali pandang gambar ini, mata akan tertancap pada keindahan bendang atau sawah padi berwarna hijau kuning.

Tapi kalau pandang betul-betul ada 'sesuatu' yang mencacatkan keindahan tersebut iaitu aksi dua pasangan budak sekolah menengah yang sedang duduk di bangsal tengah bendang tersebut. Apa nak jadi lah dengan anak muda kita zaman sekarang? Cuba anda bayangkan apa perasaan ibu bapa mereka jika perkara ini dilihat sendiri oleh mata kepala orang tua mereka? Adakah orang tua mereka akan berdiam diri? Sudah tentulah tidak, kerana jika saya sendiri akan sedih. Sudah tentu Ibu bapa mereka menjaga menyayangi mereka ibarat menatang minyak yang penuh. Adakah ini balasan mereka terhadap kedua ibu bapanya?

Apa yang menyedihkan lagi bagi admin, kedua-dua pasangan termasuk dua pelajar perempuan yang masih memakai uniform sekolah kelihatan enak bercengkarama termasuk salah satu pasangan beraksi bagai suami isteri. Sudahlah memalukan keluarga, tambahan dengan uniform sekolah yang mereka pakai itu boleh menjatuhkan imej sekolah mereka sendiri. Cukuplah dengan perkara maksiat sedemikian, hanya menempah tiket ke neraka. Nauzubillah.




0 comments:

Post a Comment