Friday 22 August 2014
11:03 0

GEMPAR! Gadis di Peluk dari Belakang Sebelum Payudaranya Diramas di LRT Ampang


Kejadian yang tidak senonoh ini dikatakan berlaku di Ampang. Kisah ini bermula dengan seorang gadis yang sedang menunggu bas di stesen LRT. Gadis ini kemudiannya tergamam apabila tiba-tiba dipeluk sebelum payudaranya diramas penunggang motosikal ketika mangsa berjalan bersendirian menuju ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pandan Indah, di sini. Sememangnya perkara ini membuatkannya merasa begitu sakit hati geram dan juga malu.

Dalam kejadian jam 8 pagi kelmarin, mangsa menjerit meminta tolong apabila lelaki gila seks terbabit enggan melepaskannya. Perkara itu disaksikan ramai orang kerana dilakukan di tempat yang terbuka.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa berusia 20-an dihampiri lelaki yang menunggang motosikal berhampiran lokasi kejadian.

Menurutnya, suspek memberhentikan motosikal ditunggang sebelum menghalang mangsa.

“Gadis itu yang ketakutan cuba melarikan diri ke stesen LRT yang terletak 100 meter dari kawasan itu."

“Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, suspek terus memeluknya sebelum meramas payudara dan mahu mencabulnya,” katanya.

Kepada wanita diluar sana diharapkan sentiasa berhati-hati walau dimana jua anda berada. Jangan biarkan diri anda terjadi perkara sebegini.

0 comments:

Post a Comment