Thursday 3 July 2014
06:54 0

MESTI TENGOK! Majlis Pengislaman Felixia Yap Di Hidayah Centre Foundation Kecoh Kerana...



Siapalah yang tidak kenal Felixia Yeap kan? Seorang gadis model berbangsa cina yang kini sedang mendalami ilmu agama Islam.

Bekas Model Playboy yang kini memegang gelaran Model pakaian Muslimah, Felixia Yeap Chin Yee yang sopan santun dan cantik menawan ini, 28, mengesahkan melalui laman sosial Facebook, keputusan memeluk Islam itu mendapat restu daripada ibunya. Sememangnya perkara ini menggemparkan ramai pihak.

Dalam pada itu, Felixia enggan upacara pengIslamannya mendapat liputan media dan disensasikan. Ini kerana beliau mahu pengislamannya ini dilakukan secara rahsia dan tidak heboh di media massa.

Menerusi Harian metro, Felixia berkata, dia enggan beri sebarang penjelasan mengenai perkara itu dan berharap semua pihak menghormati privasinya.

"Saya tak benarkan mana-mana media membuat liputan.

"Terima kasih kerana bertanya tapi saya takkan jawab apa-apa," katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp kepada Harian Metro di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, timbul kekecohan dan salah faham apabila majlis pengIslaman Felixia yang difahamkan berlangsung di Hidayah Centre Foundation pagi ini di Taman Melawati dekat sini adalah acara yang berbeza.

Menurut wakil pusat sokongan saudara baru Islam itu, Felixia diundang untuk memeriahkan pelancaran majlis iftar mereka dan bukan acara pengIslaman seperti disangkakan.

Semalam, timbul kekecohan di Internet apabila Felixia tampil menyangkal dia bakal menggunakan nama Rania selepas memeluk Islam.

Kata Felixia, dia enggan memberikan sebarang maklumat mengenai pengIslamannya kepada mana-mana media untuk berlaku adil kepada semua.

0 comments:

Post a Comment