Tuesday 12 August 2014
07:13 1

MESTI TENGOK! Pengalaman Gelap Seorang Cikaro Bernama Qila


Walaupun baru berusia 20 tahun, Seorang gadis yang mahu dikenali dengan nama Qila dikatakan telah meniduri lebih daripada 20 orang lelaki.

Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah. Ternyata tragedi ini sememangnya telah mengubah hidupnya dan menjadi seorang cikaro.

Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri. Perkara inilah yang akhirnya mengundang nahas terhadap dirinya sendiri.

Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.

Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun.

Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.

“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka.

“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar,” katanya.

Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama.

“Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yang mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yang mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.

“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja kilang ini.

Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.

“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yang kini menghidap ketumbuhan di rahim.

Diharapkan kisah ini dapat dijadikan pedoman untuk kita semua. Janganlah kita mudah terpedaya dengan tipu helah lelaki kelak kita sendiri akan menyesal.

1 comments: