Menerusi satu blog, dia mendakwa hubungan ini selesai setelah kekasih Nabila Huda sendiri menjumpai Amy Search dan meminta maaf atas apa yang berlaku. Dari situ hubungan antara ahli keluarga Amy Search semakin pulih.
"Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya. Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam." Itulah kata-kata daripada Amy Search.
Amy Search juga menyatakan dia amat bersyukur kerana lelaki tersebut berani datang menjumpainya meminta maaf di atas apa yang berlaku. Dia menganggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai satu pengajaran buatnya dan Nabila Huda.
Bagi penulis, tindakan yang diambil oleh kekasih Nabila Huda adalah amat berani dan gentleman. Semoga hubungan mereka kekal sehingga ke jinjang pelamin.
0 comments:
Post a Comment