Monday, 4 August 2014
08:52 0

KEJAM! Bayi 1 Bulan Dirogol Dan Dipukul Separuh Mati



Britain - Ekoran terlalu marah setelah berita tentang seorang bayi berusia sebulan didakwa telah menjadi mangsa rogol dan dera sehingga hampir mati, orang ramai bertindak mengadakan perhimpunan sepanjang malam dan menyebabkan huru-hara timbul,

Rakyat di negara itu mendedahkan menerusi laman Facebook bahawa mereka berkumpul sepanjang malam untuk berdoa bagi keselamatan bayi berkenaan berhampir dengan kediamannya. Menurut mereka, ini merupakan kes yang paling teruk berbanding kes-kes penderaan sebelum ini.

Bayi itu dilaporkan mengalami kecederaan teruk termasuklah patah tangan, patah tulang selangka, patah tangan, kecederaan paru-paru, lebam di seluruh tubuh dan semua tulang rusuknya patah.

Kent, antara seorang suspek yang ditangkap bersama-sama seorang wanita bagi membantu sisatan berhubung kejadian tersebut dan mereka telah dibebaskan atas jaminan polis sementara siasatan lanjut diadakan.

Satu laman di Facebook mendesak agak pihak polis Gravesend memenjarakan penjahat yang bertanggungjawab dan mendedahkan nama pasangan tersebut.

Dalam pada itu, bayi yang dibawa ke hospital London tersebut dikatakan semakin pulih setelah menerima rawatan segera dari semasa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment