Sunday, 14 September 2014
18:03 0

MESTI TENGOK! [Subhanallah] Gempar Bayi Lahir Bersama Al-Quran Kecil



Perkara ini sememangnya telah gempar di website Indonesia. Satu blog dari Indonesia telah melaporkan berita seorang bayi yang lahir bersama-sama Al-Quran.. Bayi itu dikatakan telah lahir bersama sebuah Al-Quran kecil digengaman tangannya. Kejadian dikatakan berlaku di wilayah Mushin, Lagos, barat daya Nigeria. Sejauh manakah kebenaran ini admin sendiri juga tidak pasti. Jom ikuti kisah sepenuhnya ini di bawah :

Seorang ulama Nigeria, Ustaz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, dikatakan telah memberikan nama kepada bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo. Ustad Abdul Rahman juga menasihati si ibu, bahawa bayinya bukanlah seorang nabi meskipun bayi tersebut lahir dari rahimnya sambil memegang Al-Quran.

Beliau juga menambah bahawa perkara yang terjadi tersebut merupakan kehendak Allah, dengan mengizinkan bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan, yakni terlahir dengan membawa Al-Quran.

Di beritakan, kawasan rumah bayi tersebut kini meriah dengan orang ramai yang ingin menyaksikan rupa bayi itu dan juga kehadiran peniaga-peniaga yang mencari rezeki.

Semoga perkara ini dapat membuka mata kita dan memperdalamkan ilmu agama Islam. InsyaAllah
18:02 2

MESTI TENGOK! Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus dengan seorang penganut Kristian Mengenai Cinta dengan Perempuan Islam


Baru-baru ini UAI telah diajukan soalan oleh seorang pemuda beragama Kristian dalam facebook miliknya Ustaz Azhar Idrus (Original). Pemuda itu mengajukan soalan mengenai kisah cintanya dengan seorang budak perempuan Islam di sekolahnya. Jom ikuti nasihat UAI di bawah ini :




18:01 0

MESTI TENGOK! Gadis Ini Dikutuk Di Laman Sosial kerana Lawak yang Melampau dan Sensitif


Pada masa kita laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga INstagram menjadi antara salah satu medium bagi seseorang untuk mendapatkan maklumat mengenai berita di segenap dimensi. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook menjadi 'bahan' pengguna-pengguna lain gara-gara satu status yang dirasakan lawak olehnya. Ternyata perbuatannya ini mendapat tentangan daripada pelbagai pihak..

Pengguna Facebook tersebut ialah, Ehh Raa LakaLaka IV yang telah memuat status tersebut ke laman Facebook Kaki Sporting. Di status tersebut, dia menulis kononnya dia baru pulang dari misi kemanusiaan di Gaza dan kini dalam perjalanan ke Sabah untuk memberi bantuan kepada penduduk disana. Disebabkan statusnya yang dikatakan seperti mempersendakan krisis di Gaza sememangnya tidak boleh diterima oleh ramai orang di dalam group tersebut.





Status itu dijadikan bahan setelah bercampur dengan riak, lucah dan penghinaan terhadap penduduk kampung di sana. Pihak bertanggungjawab seperti SKMM perlu mengambil langkah yang serius bagi membendung masalah seperti ini dari berleluasa kerana takut ia akan memudaratkan serta mencemarkan imej negara kita Kelak.
18:01 0

GEMPAR! Jet Peribadi Siapa Dengan Jalur Gemilang Di Israel?


Negara kita telah digemparkan dengan tragedi bersejarah yang memilukan suasana yang sudah pasti ramai diluar sana bersedih akan kejadian tragis tersebut. Kejadian yang dimaksudkan adalah, kehilangan pesawat MH370 dan yang terbaru pesawat MH17 yang berkecai di awangan..

Tidak lama selepas kejadian tragis tersebut, timbul satu kekeliruan yang bermain difikiran. Seperti yang kita tahu, Israel adalah satu satunya negara yang kita sendiri tidak boleh mengunjunginya. Akan tetapi, biarlah gambar berbicara. Adakah ini salah satu propaganda mahupun fakta?

Jika kita perhatikan gambar, di ekor pesawat tersebut terdapatnya bendera Jalur Gemilang kebanggaan kita. Sudah pastilah, jet peribadi tersebut milik Malaysia. 

Pesawat itu dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakamkan berada di Lapangan Terbang Ben Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh jurugambar penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan Four X-Ray Team di Israel.





Daripada sumber didapati kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang di bahagian ekornya.

Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di Tel Aviv di lapangan terbang berkenaan yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Israel. 



Sumber - mynewshub.cc

12:35 0

MESTI TENGOK! Artis Wanita Tempatan Pernah Di Atas Ranjang Bersama Teman Lelakinya






Cerita ini dipetik dari kisah wartawan Metro tentang artis Malaysia yang terikut ikut akan budaya barat. Artis ini juga berbangga kerana ada teman lelaki yang hebat, ujarnya.