Sunday 7 September 2014
09:10 0

GEMPAR! Nora Danish Terima Ancaman Rogol daripada Seorang Lelaki !


Siapalah yang tidak kenal dengan Nora Danish kan? Pelakon dan artis terkenal yang mempunyai pengikut di Instagram yang telah mencecah 1 juta. Beliau kini merancang untuk berkahwin dengan Nedim Nazri, seorang ahli perniagaan dan merupakan seorang anak menteri.

Dewasa ini, kes jenayah siber semakin berleluasa di negara kita. Semakin melampau rasanya peminat di Instagram artis hari ini sehingga ada yang tidak rasa sikit pun bersalah meninggalkan ugutan berbaur lucah yang sebenarnya boleh menjadi isu serius jika dilaporkan ke pihak berkuasa. Pembulian siber (cyber bullying) bukan benda kecil. Sememangnya perkara ini perlu dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Terbaru, Nora Danish telah menerima ancaman rogol dari salah seorang pengikut beliau dengan nama @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya. Hal ini sememangnya merunsingkan keluarga Nora Danish dan juga kekasihnya, Nedim Nazdri.



Laman mStar Online melaporkan hari ini yang Nora Danish telah disarankan oleh para peminatnya untuk membuat laporan polis terhadap individu tersebut kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya. Nora Danish perlu mengambil langkah pantas bagi mengelakkan dirinya daripada terpalit daripada perkara sebegini.

Komen jahat tersebut telah ditinggal di gambar menunjukkan Nora Danish sedang membonceng motorsikal bersama kekasihnya, Nedim Nazri pada Jumaat lalu.

Nora Danish bagamana pun dilaporkan tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara ini. Semoga Nora Danish dan keluarga dalam keadaan baik-baik sahaja

sumber : Mstar

0 comments:

Post a Comment