Saturday, 6 September 2014
05:33 1

GEMPAR! Kisah Remaja Melayu Hilang Dara ini Didedahkan


Admin pun taktahu apa nak cakap dan ulas selepas membaca satu keratan akhbar yang mendedahkan kisah kisah remaja melayu yang hilang dara, terlalu murahnya nilai dan maruah seorang gadis melayu yang baru usia setahun jagung ini. Tak tahulah mengapakah mereka senang sangat menggadaikan maruah dan aset penting mereka semata-mata untuk memuaskan nafsu seorang lelaki ini?

Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara Malaysia ini kehilangan dara pada usia muda. Sedih admin rasa apabila membaca kisah ini. Janganlah adik-adik perempuan menjadi seperti ini dan diharapkan agar anda merasa malu dan juga janganlah cepat sangat percaya dengan tipu helah sang lelaki.

Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman. Ini sememangnya pemikiran yang sangat bodoh dan janganlah adik-adik berfikir sebegini.

Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia 10 tahun.

Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok, minum arak dan mengambil dadah jenis syabu. Nauzubillah. Minta-minta supaya kita tidak terjerumus dengan perkara sebegini.

1 comments: