Tak kiralah sama ada ia merupakan kenangan manis ataupun pahit, sudah pasti ia akan tersemat dalam sanubari anda buat selamanya. Begitu juga dengan si cantik jelita Maya Karin yang tidak lokek untuk berkongsi cerita mengenai insiden memalukan yang berlaku kepadanya semasa hari raya pertama. Memalukan macam mana ya? Jom kita ikuti kisahnya ini di bawah :
“Saya akan selalu ingat semasa mak jahitkan baju kurung saya yang pertama masa saya umur 7 tahun. Tapi saya sangat nakal dan ‘tomboy’ masa tu.
Tak sampai satu jam, baju dah koyak dan berlubang besar. Jadi, sepanjang raya pertama, saya kena juga beraya dengan baju yang dah koyak.”
La.. nakal rupanya Maya waktu kecil-kecil dulu ya. Nasib baik bila dah besar jadi wanita sejati. Macamana pula dengan anda semua? Jom share kisah anda semua ini di bawah :
0 comments:
Post a Comment