Sunday 17 August 2014
05:33 0

MESTI BACA! Suami Meraung Lihat Mayat Isteri Di Bilik Bedah


Seorang lelaki di China menempuhi detik yang paling sukar dalam hidupnya apabila isterinya yang disangka sedang menjalani pembedahan selepas melahirkan anak rupa-rupanya telah pun meninggal dunia dan dibiarkan di atas meha bedah sendirian.

Lelaki tersebut, Liu Hsiung berusia 29 tahun dengan hati yang sukar menerima kematian isterinya, Zhang Chun yang melalui detik kritikal selepas melahirkan anak mereka.

"Saya dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa isteri saya sedang dibedah di bilik bedah. Walaubagaimana pun, selepas beberapa jam menunggu, saya memutuskan untuk masuk ke bilik berkenaan dan amat terkejut apabila mendapati isteri saya telah pun meninggal dunia dan dibiarkan begitu sahaja terbaring di atas meja bedah."
Tambahnya lagi, tiada seorang pun doktor ataupun jururawat berada di situ, hanya ada pencuci bangunan yang sedang makan dan hisap rokok di situ. Liu telah pun mengemukakan saman terhadap hospital tersebut di atas kecuaian itu.
 

0 comments:

Post a Comment