Selepas bercerai dengan suaminya, pelakon dan penyanyi cantik jelita dari Indonesia, Marshanda membuat keputusan untuk membuka tudung. Keputusan tersebut telah mengejutkan ramai peminat artis berkenaan. Dia dikatakan mengambil keputusan tersebut kerana mahu berasa bebas selepas bercerai. Lapor portal dari Indonesia, Kapan Lagi.
"Saya tidak perlu perhatian daripada anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin katakan tentang keputusan saya. Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain," katanya.Keputusan yang diambil artis ini jelas mengundang rasa tidak senang segelintir peminatnya. Berikut antara komen daripada seorang peminatnya.
"Cha, dulu saya tidak meminati anda tetapi selepas kamu berkahwin dan mempunyai anak, saya mulai suka dengan kehidupan baharu kamu. Tapi hari ini, kekaguman saya untuk kamu sudah hilang," kata salah seorang peminatnya di laman sosial Instagram.
"Jangan terlalu cepat menilai kerana dia lebih tahu apa yang sedang dilakukannya. Sebagai peminat adalah lebih baik kita mendoakan agar dia terus diberikan hidayah," kata peminatnya.
0 comments:
Post a Comment