Wednesday 13 August 2014
20:54 0

AKHIRNYA! Ardi, Pembunuh Pegawai Ambank Dibawa ke Tali Gantung Hari ini


Masih ingatkah anda berkenaan kejadian tahun lepas di mana pegawai bank Ambank yang ditembak mati oleh pengawal keselamatan yang melarikan duit bank tersebut? Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas pengawal keselamatan AmBank, La Ode Ardi Rasila selepas didapati bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

La Ode, 37, didakwa membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Norazita, 37. Kejadian ini sememangnya menunjukkan ketidakperikemanusiaan seorang pengawal keselamatan.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013. 

Sumber : Berita Harian

0 comments:

Post a Comment