Wednesday 2 July 2014
19:11 0

GEMPAR!!! lelaki tinggal dalam kereta kerana bankrap


GOMBAK- seorang lelaki sanggup tinggal didalam keretanya selama 3 bulan kerana kecewa akan statusnya  sekarang selepas diistiharkan bankrap daripada seorang kontraktor bertukar menjadi papa kedana.

Lagi menyedihkan apabila diketahui lelaki itu sanggup tinggal bersama timbunan botol mineral , bekas makanan, sampah dan puntung-puntung rokok yg berkeliaran di dalam kereta tersebut serta lelaki tersebut diselubungi najis di dalam kereta proton saga miliknya itu.

Penduduk disitu telah menggunakan pelbagai cara untuk memujuk untuk mengeluarkannya daripada kereta tersebut, malah beliau tetap enggan keluar dari kereta tersebut, kerana kejadian ini penduduk di situ telah menghubungi wartawan untuk memberitahu tentang lelaki berkenaan. Wartawan tersebut mengambil masa selama 6 jam untuk memujuk lelaki tersebut, namun usahanya hanya sia2 apabila rayuannya tidak diendahkan oleh lelaki tersebut

Beliau mengherdik orang-orang yg berada disana supaya tinggalkannya bersendirian disitu. Semua kerja-kerja atau usaha-usaha yg dibuat oleh penduduk disitu dan turut disertai Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hanya sia-sia sebelum anggota bomba sampai. Anggota bomba terpaksa mengumpil pintu kereta tersebut untuk mengeluarkan lelaki tersebut

0 comments:

Post a Comment