Sepertimana yang kita sudah tahu bahawa hari ini gempar mengenai kes Zaquan Adha yang dikatakan curang dengan Ayu Raudhah dengan wechat bersama gadis sorak pasukan JDT. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Ayu Raudhah tampil membuat penjelasan mengenai perkara ini
“Sebenarnya saya dah terima foto screenshot itu semalam daripada wanita bernama Miranda Kerr. Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya. So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya.Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu hal ini.
Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan.”
Ayu tidak menafikan bahawa perkara ini sengaja dilakukan oleh pihak tertentu yang berniat mahu merosakkan kebahagiaan rumahtangga yang dimilikinya kini.
Bagaimanapun diharapkan semua jangan cepat percaya dengan gosip liar seperti ini. Sekian
0 comments:
Post a Comment