Monday, 9 June 2014
05:33 0

MESTI TENGOK! Pekerja Pelantar Minyak dibuang Kerja Kerana Dakwa Nampak Pesawat Terbakar



Nampaknya kisah MH370 tidak berakhir begitu saja. Terkini seorang pekerja pelantar minyak mendakwa bahawa beliau nampak pesawat yang dikatakan MH370 itu terbakar. Namun tindakannya itu membuatkannya dipecat oleh majikannya.

Akhbar harian New Zealand Sunday Star Times melaporkan bahawa warga New Zealand, Mike McKay, yang mendakwa melihat sebuah pesawat sedang terbakar terbang di perairan Vietnam pada bulan Mac, telah dipecat dari pekerjaannya berikutan dakwaan itu.

McKay, yang bekerja di pelantar minyak Songa Mercur telah menghantar e-mel dengan nama penuhnya dan nombor pasport New Zealand kepada pihak atasan pada bulan Mac selepas melihat sebuah kapal terbang terbakar yang dipercayai pesawat Malaysia Airlines (MAS), penerbangan MH370 yang hilang.

E-mel tersebut yang dibocorkan kepada media terkandung maklumat yang dikenalpasti sebagai pengendali pelantar, Idemitsu dan kontraktor McKay, Songa Offshore, maklumat yang membawa kepada petunjuk bahawa komunikasi kedua-dua syarikat itu disekat kerana dibanjiri pertanyaan.

Ekoran apa yang berlaku, pegawai-pegawai Vietnam telah menemuramah McKay dan bersedia untuk bertindak ke atas maklumat yang diberikannya sebelum usaha carian beralih ke laut Andaman dua hari selepas temubual dijalankan.

McKay juga telah membuat kenyataan untuk Interpol kepada polis New Zealand setelah kembali ke negaranya, di mana dia kini sedang menunggu kontrak Asia Tenggara yang baharu.

Sunday Star Times memetik McKay sebagai berkata bahawa dia dilepaskan dari pelantar lima hari lebih awal, tetapi dibayar sehingga akhir tempoh kerja.

Walau bagaimanapun, sub-kontraktor di bawah tempat dia berkerja, M-I Swaco berkata McKay telah dilepaskan awal kerana mereka telah menemui seorang jurutera tempatan untuk menggantikan tempatnya.

0 comments:

Post a Comment