Tuesday 19 August 2014
05:52 1

GEMPAR! Remaja 13 Tahun Cuba Meratah Wanita 28 Tahun Di Tandas Stesen Minyak



Gempar hari ini di laman sosial Facebook selepas seorang penggunanya memuat naik cerita bahawa teman wanitanya yang berumur 28 tahun hampir diratah oleh seorang lelaki berusia 13 tahun. Kejadian ini berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Munsi Abdullah pada pukul 4.25 petang tadi.

Ketika mangsa cuba keluar dari tandas tersebut, suspek meluru ke arah mangsa secara tiba-tiba dan menutup mulut mangsa.

"Dia mencium pipi dan meraba dada saya ketika saya cuba untuk melepaskan diri," dakwa LowMei Yuet.

Low berkata dia berjaya menjerit serta menggigit jari remaja lelaki tersebut ketika bergelut dengannya untuk membuka pintu.

"Saya berjaya menghadang pintu itu daripada ditutup menggunakan tangan saya,” katanya 


Menurutnya, beberapa orang awam yang berada di luar tandas berkenaan turut menghulurkan bantuan sebaik sahaja mereka mendengar dia menjerit.

Tidak lama kemudian anggota polis tiba di tempat kejadian. Suspek yang berusia 13 tahun tersebut ditahan oleh pihak polis di stesen minyak tersebut.


1 comments:

  1. WTH! Tak tau nak kata apa bila melihat gambar budak tu. Baru setahun jagung perangai macam setan!

    ReplyDelete