Monday, 9 June 2014
09:46 0

GEMPAR! 'Anak Saya Bukan Anak Haram'- Jue Aziz




Ibu mana tidak sedih apabila anaknya digelar 'anak luar nikah'. Itulah yang melanda Jue Aziz yang baru sahaja menikahi Bayu Daniels yang merupakan gitaris dari Indonesia.

Ada dakwaan atau lebih tepat gossip liar dan buas yang mengatakan Jue dan Bayu berkahwin secara rahsia di Indonesia bertujuan untuk menutup 'kewujudan' anak haram tersebut.

"Saya agak kecewa bila mereka kata anak saya anak haram, anak luar nikah. Sebab itu saya senyap dahulu. Its okay, tak pelah orang nak cakap apa pun, teruskan. Yang mengatakan benda bukan-bukan pasal anak saya, terpulang pada mereka.

"Saya nak buat satu video kenapa kami kahwin macam ini dan nak buktikan anak itu siapa sebab orang ramai masih tak percaya, cuma sekarang tiada masa," ujar Jue yang sebak sambil mengalirkan air mata mengenangkan nasib anak angkatnya bernama Darwish yang sudah kematian ibu kandung itu.

Artis ini dikatakan tidak terburu-buru membuat keputusan untuk berkahwin, malah dia begitu yakin bahawa Bayu merupakan jodohnya.

"Saya bukan bertindak untuk menyorok perkahwinan tersebut, keluar Bayu yang mendesak agar kami berkahwin segera kerana tempoh cutinya terlalu singkat ketika saya ada pergambaran di sana. Selepas pulang ke sini saya mula mengongsinya kepada orang ramai.

0 comments:

Post a Comment