Monday 9 June 2014
19:33 0

GEMPAR! Ajak Shiro Kejar Pencuri Dengan Honda Accord Vtec



Pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Ajak Shiro nekad bertindak mengejar pencuri yang mencuri perkakasan memasak yang digunakan untuk majlis kenduri pertunangan adik Ajak Shiro sehari sebelum itu.

Ajak Shiro atau nama sebenarnya Mohd. Hanaffi Razak yang berada di rumah semasa kejadian pada pukul 9 pagi itu berjaya mengejar lori tersebut.

Seramai tiga orang pencuri yang membawa lori jenis Isuzu cuba mengambil barangan katering yang disewa dan diletakkan di belakang rumah untuk kegunaan majlis pertunangan adiknya Sabtu lalu.

Mujurlah ibu saya perasan ada orang di belakang rumah mengambil barangan katering tersebut dan dia terus menjerit melihat pencuri-pencuri berkenaan.

Perompak tersebut melarikan diri selepas mendengar jeritan daripada ibu Ajak. Dan pelawak tersebut terus mengambil kereta Honda Accord miliknya untuk mengejar perompak tersebut.

“Bayangkan dari Kempas sampai ke Kulai saya kejar. Sudah macam adegan dalam filem pula. Habis jalan berlubang saya redah sampai rosak kereta dibuatnya. Walhal baru tiga bulan kereta itu saya beli,” katanya.
Oleh kerana merasa bimbang sering diikuti, perompak terbabit bertindak memberhentikan lori tersebut di tepi jalan dan melarikan diri masing-masing. Barang yang dicuri oleh perompak terbabit masih ada di dalam lori tersebut.

0 comments:

Post a Comment