Monday 5 May 2014
18:19 0

(TAKZIAH) Datuk Aziz Sattar telah Meninggal Dunia. Al-Fatihah



Pelakon veteran Malaysia yang sangat terkenal dengan tiga sahabat Bujang Lapok, Datuk Aziz Sattar, 89 tahun, telah meninggal dunia kerana serangan jantung pada pukul 2.00 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke Hospital Kajang pada pukul 10.00 malam 4 Mei lepas dan menerima rawatan Unit Rawatan Koronari (CCU). Keadaannya pada waktu petang semalam dilaporkan stabil tetapi serangan jantung menyerang secara tiba-tiba pada pukul 2 pagi dan telah menyebabkannya pergi meninggalkan kita.


Anak perempuan Allahyarham, Sandakiah memberitahu yang beliau menghembuskan nafas terakhir di samping dua anak, menantu dan seorang cucu. 

Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, dan urusan pengebumian pada pagi ini sedang dilakukan.

Alfatihah untuk Allahyarham Aziz Satar

0 comments:

Post a Comment