Thursday 22 May 2014
14:27 0

MESTI TENGOK! Remaja Khalwat Bagi Alasan Bertandang Untuk Cuci Baju


Helah seorang remaja lelaki yang mengatakan perempuan yang berada di rumahnya tersebut datang untuk mencuci baju tidak menjadi selepas siasatan mendapati mereka bersekedudukan atau berkhalwat di rumah berkenaan. 
"Dia datang ke sini pagi tadi untuk mencuci baju" Itulah helah yang dilakukan oleh remaja berkenaan.
Pasangan itu yang berusia 20 tahun berasal dari Pokok Sena dan Alor Setar menyewa di perumahan terbabit kerana mendakwa sedang bekerja di bandar ini.

Apabila ditanya, wanita itu berkata, rumah sewanya hanya 200 meter dari situ dan datang ke rumah kekasihnya pada jam 8 pagi untuk mencuci baju kerana terdapat sebuah mesin basuh di situ.

Bagaimanapun, ketika dicekup kedua-duanya ditemui berada di sebuah bilik dan salah seorangnya tidak berpakaian.

Pemeriksaan terhadap rumah tersebut turut menjumpai seluar dalam wanita dan beberapa barangan lain yang tersusub di dalam almari. Kedua-dua pasangan tersebut mendakwa mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak berusia 15 tahun lagi ketika di bangku sekolah.

Serbuan yang dilakukan tersebut adalah hasil daripada laporan penduduk berdekatan yang mendakwa mereka bersekedudukan tanpa ikatan yang sah sebagai suami isteri. Menurutnya, kedua-dua ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 iaitu bersekedudukan, bersembunyi atau bersama wanita bukan mahram.

0 comments:

Post a Comment