Ini berita yang paling mengejutkan yang penulis pernah dengar. Seakan-akan tidak percaya perkara sebegini boleh berlaku. Tapi inilah dia, dunia akhir zaman, apa-apa sahaja yang diluar batasan pemikiran kita boleh sahaja berlaku.
Baru-baru ini di Jasin, Melaka terjadi satu berita yang amat mengejutkan. Kelakuan sumbang seorang guru di sebuah pusat tahfiz al-Quran di daerah ini yang menyuruh seorang murid lelaki melakukan seks oral akhirnya terbongkar apabila perkara itu diadukan sehingga membawa kepada penahanan guru agama berkenaan Ahad lalu.
Difahamkan, guru tahfiz tersebut berumur 20 tahun dan sudah pun menyerah diri ke balai polis untuk siasatan lanjut.
"Namun apabila dia mengetahui polis sedang memburunya, dia kemudian menyerah diri ke IPK negeri dan ditahan untuk siasatan," tambah sumber itu.Suspek memaksa mangsa untuk melakukan perkara sumbang tersebut bertindak memukul-mukul mangsa sehingga meninggalkan kesan lebam pada bahagian belakang mangsa. Tidak tahan kejadian tersebut, mangsa melaporkan kejadian tersebut kepada ibunya, sebelum satu laporan polis dibuat.
0 comments:
Post a Comment