Wednesday, 28 May 2014
04:46 0

GEMPAR! Cadangan Bakar Kilang Cadbury, ABIM Tampil Bagi Respon


Beberapa hari yang lalu, gempar seluruh warganegara Malaysia yang tercinta apabila Kementerian Kesihatan Malaysia dengan rasmi menarik balik sijil halal terhadap dua produk Cadbury kerana produk tersebut disahkan mengandungi DNA babi. Bertitik tolak daripada itu, segelintir rakyat negara ini begitu marah dengan pengumuman ini, sehinggakan ada pihak yang mencadangkan agar kilang Cadbury di Malaysia dibakar.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkan tindakan segelintir badan bukan kerajaan yang mahu membakar kilang Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan imej Islam. 

"Tindakan yang tidak rasional dan keterlaluan hanya akan memalukan umat Islam sendiri." jelas Presiden ABIM, Amidi Abd Manan 

0 comments:

Post a Comment