Thursday 22 May 2014
03:40 0

GEMPAR! 5 RAHSIA BILIK HOTEL YANG WAJIB ANDA TAHU


Menurut statistik, secara puratanya pengemas bilik hotel(housekeeper) kebiasaannya akan mengambil masa tidak lebih daripada 30 minit untuk mengemas bilik. Malah, sememangnya majikan mereka sendiri memberi tempoh masa tersebut untuk mereka mengemas bilik hotel. Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk menakutkan anda semua, malah bukan ingin menjatuhkan nama hotel-gotel yang akan didedahkan, tetapi haya sebagai peringatan kepada anda semua.

Jadi baca ini diam-diam, artikel ini akan mendedahkan kepada anda 5 Rahsia Bilik Hotel Yang Wajib Anda Tahu:

1 . Jangan Guna Gelas Yang Disediakan Di Bilik

Sebenarnya, gelas yang telha disediakan di dalam bilik tidaklah sebersih yang anda semua fikirkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Malah ada yang hanya menyembur gelas tersebut menggunakan pencuci tingkap dan mengelap gelas tersebut menggunakan kain kotor.

Solusi terbaik, baca gelas atau cawan anda sendiri dari rumah. :)


2. Jangan Guna Cerek Air Yang Disediakan Di Bilik

Sememangnya, sudah menjadi lumrah manusia ingin menggunakan kemudahan yang sedia ada di depan mata, lebih lagi di dalam bilik hotel yang sejuk sudah pasti keinginan untuk membancuh kopi atau teh semakin membuak-buak.

Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.

Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai. Menurutnya, beliau menggunakan satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Berikut adalah prosider beliau membersihkan cerek tersebut. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Sehinggakan, beliau sendiri merasa loya apabila membayangkan perkara tersebut ketika menjerang air di rumahnya.


3. Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet Jalan Masjid India atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan.

Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka. Tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.


4. Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, mungkin kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles akan membuat anda serik. Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah disoal selidik, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel tersebut!!

5. Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Tidak ada orang yang ingin mati di awal usiakan? Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.

Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Ingat, "utamakan keselamatan".


P/S: Harus diingatkan, semua ini adalah rahsia, hanya anda yang membaca dan pekerja-pekerja hotel sahaja yang tahu. ;)

0 comments:

Post a Comment