Tuesday 15 April 2014
05:30 0

MH370: Malaysia Tidak Akan Serah Hak Kotak Hitam kepada Negara Lain



Kerajaan negara Malaysia berikrar tidak akan menyerahkan hak melindungi dan menyiasat kotak hitam MH370 sekiranya ia ditemui di perairan Australia. Hal ini sememangnya patut dijaga dan rahsia negara tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kan?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, berkata dari segi perundangan penerbangan antarabangsa, kotak hitam berkenaan kekal di bawah bidang kuasa pentadbiran Malaysia.

“Ini kerana, pesawat MH370 didaftarkan di negara ini, berkenaan agensi mana yang akan menggalas tanggungjawab menyiasat..kita akan umumkan kemudian.

“Australia hanya diminta Malaysia mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di koridor selatan Lautan Hindi, itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pejabat baharu Amanah Raya Berhad (ARB), di sini, sebentar tadi. Semoga dapat dijumpai kotak itu dan diharap malaysia akan kekal aman.

0 comments:

Post a Comment