Tuesday 11 March 2014
21:21 0

GEMPAR! Tragedi MH370: Punca Vietnam henti operasi mencari pesawat MH370 ?




Kerajaan Negara Vietnam akan bertindak untuk menghentikan aktiviti dalam misi pencarian pesawat kapal terbang milik Negara kita iaitu Malaysia Airlines (MAS) di perairan sekitar negara mereka sementara Negara Vietnam menunggu jawapan dari Malaysia mengenai kedudukan terakhir MH370.

Timbalan menteri pengangkutan Vietnam, Pham Quy mengatakan bahawa aktiviti pencarian itu terpaksa dihentikan selepas laporan media masa pada hari semalam menyebut bahawa tentera Malaysia mengesan pesawat itu kali terakhir di selat Melaka.

Berikut merupakan responsnya berkenaan hal ini :


"Kami telah menghantar dua notis kepada Malaysia (sejak semalam) untuk mengesahkan laporan media antarabangsa (berhubung kedudukan terakhir pesawat itu).

"Tiada jawapan diterima setakat ini," katanya dalam sidang media di pusat operasi mencari dan menyelamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc, pagi tadi.

0 comments:

Post a Comment