Monday 10 March 2014
21:07 0

GEMPAR! Keluarga Mangsa/Penumpang MH370 dari Beijing dibawa ke Kuala Lumpur hari ini



KUALA LUMPUR – MAS pada hari ini akan menambah sebanyak mungkin jumlah pesawat kapal terbang untuk membawa anggota keluarga mangsa dan penumpang penerbangan MH370 yang dikatakan hilang pada baru-baru ini.

Ahmad Jauhari Yahya, iaitu Ketua Pengawai Operasi MAS telah berkata bahawa syarikat MAS itu bekerjasama rapat dengan kerajaan China dan badan-badan yang berkaitan untuk mempercepatkan pengeluaran pasport dan visa kepada anggota keluarga mangsa.


Bagaimanapun, beliau berkata butiran ketibaan penerbangan mereka adalah rahsia. Ini kerana untuk menjaga privasi mereka. Jom ikuti perbualah Ahmad Jauhari Yahya:

"Ini bertujuan melindungi privasi dan kesejahteraan keluarga ketika melalui waktu yang sukar ini, selain menghormati ruang mereka. Tugas kami adalah tidak mendedahkan apa jua maklumat berkaitan penerbangan atau pergerakan keluarga ini," kata Ahmad Jauhari.

0 comments:

Post a Comment