Thursday 27 February 2014
02:34 0

TAWARAN si Taiko Sharnaaz : Minta Maaf Secara Terbuka Atau Berdepan Saman Maksimum?


Sharnaaz Ahmad berkata pada Harian Metro TV pada harini bahawa beliau akan memberikan tempoh seminggu kepada Fauzi Nawawi dan isterinya untuk meminta maaf secara terbuka atau keduanya bakal berhadapan dengan tindakan dan selesaikan di Mahkamah.

Berikut merupakan kenyataan Sharnaaz,

“Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku. Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya. Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin,” 

begitulah respons Sharnaaz Ahmad. apa respons anda pula?

0 comments:

Post a Comment