GEMPAR! Baru-baru ini dikatakan bahawa Juri Tetap MLM 2013, Syed Haikal yang berasal dari Singapura dikecam dan diugut bunuh dirinya dan ahli keluarganya oleh peminat fanatik peserta dari MLM. Jom ikuti respons Syed Haikal di bawah.
“Baru-baru ini saya dan isteri telah menerima ugutan bunuh daripada peminat fanatik peserta dari MLM. Lebih mengejutkan, ugutan tersebut turut meilbatkan anak-anak saya. Peminat tersebut mengancam mahu langgar anak-anak saya jika kami sekeluarga berada di Malaysia. Saya amat terkejut juga dengan ancaman tersebut.
“Saya pun tidak berapa pasti komen yang mana saya berikan kepada peserta MLM sehingga mengguris hati individu tersebut sebagai salah seorang peminat fanatik. Secara jujurnya komen yang saya beri berdasarkan apa yang saya lihat dan bukan pedas atau hentam semata-mata,” jelas Sheikh Haikel.
0 comments:
Post a Comment