Disini admin sangat berminat untuk kongsikan satu status oleh seorang wanita, Amy Zuraidah menerusi akaun Facebooknya berkenaan kejadian langgar lari di Simpang Paya Ikan menghala Balai Polis Bukit Baru, Melaka. Perkara ini sedang tersebar meluas dan diharapkan orang ramai dapat memberi kerjasama dalam mencekup si pelaku langgar dan lari ini.
Menurut kenyataan Amy Zuraidah ini, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang remaja Cina berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun telah keluar secara melulu dari simpang dan melanggar motosikal yang ditunggang oleh seorang remaja perempuan. Bagaimanapun, dia tidak berhenti sebaliknya terus memandu biarpun sudah diminta berbuat demikian oleh wanita itu. Perkara seperti ini sememangnya tidak boleh dibiarkan berlaku di negara kita.
Justeru, Amy meminta bantuan orang ramai untuk mengesan pemilik kereta berkenaan menerusi nombor pendaftaran kereta MCK3314 yang berjaya diambil.
0 comments:
Post a Comment