Nuratikah Ishak dari Kampung Cherok Damar, Sik dipercayai keluar ke Sungai Petani pada hari raya keempat dan tidak pulang ke rumahnya selepas itu.
Bimbang keadaan dan keselamatannya, keluarga gadis itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik keesokan harinya. Siapalah yang tak bimbang jika anak dara mereka hilang kan?
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim, mengesahkan menerima laporan daripada keluarga mangsa mengenai kehilangan Nuratikah.
“Kita ada menerima laporan daripada ibu bapa mangsa mengenai kehilangan anak perempuan mereka. Kita masih menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat yang disebarkan dalam media sosial terutama Facebook yang mengatakan gadis itu dirogol 30 mat rempit dan dijual kepada tokan dadah tidak dapat dipastikan kesahihannya.
“Kemungkinan penyebaran maklumat itu adalah palsu. Ia mungkin berpunca dari perasaan dendam atau tidak puas hati rakan gadis yang menolak cintanya atau sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Penyebaran maklumat melalui media sosial yang luas tersebar, Nuratikah dikatakan tidak pulang ke rumah dan didakwa dirogol oleh sekumpulan mat rempit sebelum dijual kepada tokan dadah.
Berita itu juga dikatakan disebarkan oleh abang mangsa, Shukri Ishak yang turut meminta kerjasama semua pihak menghubunginya jika menemui Nuratikah. Semoga adik Nuratikah dapat dijumpai semula. Mohon sebarkan berita ini agar ramai orang tahu mengenai kehilangan Nuratikah
0 comments:
Post a Comment