Monday 4 August 2014
22:54 0

MESTI TENGOK! Agak Pelik Bila Pakai T-Shirt Sokong Gaza Tapi….


Kekejaman rejim Zionis terhadap Palestine telah berada di ambang kemuncak yang sangat kejam. Kita hari-hari disajikan dengan berita segenap dimensi mengenai Peperangan Israel dan juga Palestine. Sudah menjadi kebiasaan ramai orang akan terikut-ikut dengan trend semasa baik dari segi fesyen mahu pun apa sahaja.

Dalam isu penindasan tentera Zionis Israel terhadap penduduk Palestin Gaza, antara usaha yang giat dijalankan penentang kezaliman seluruh dunia adalah memboikot produk yang memberi keuntungan pada Israel.

Antaranya adalah rangkaian restoran makanan segera McDonald’s. Boleh dikatakan, inilah sekecil-kecil usaha yang boleh dilakukan apabila kita tak mampu untuk mengusung senjata di Gaza. McDonalds sememangnya merupakan syarikat Israel yang sangat terkenal di seluruh dunia. Jika kita dapat menahan diri daripada terdedah dengan perkara-perkara seumpama ini ianya sudah seakan suatu jihad yang besar bagi kita.



Bagaimanapun jika kita menyatakan sokongan terhadap Gaza namun pada masa sama kelihatan melahap produk yang menyumbang kepada pembelian senjata yang menyembelih saudara seislam kita di sana sebagaimana dilakukan brader dalam gambar di atas, bukankah nampak agak pelik di situ?

Sebenarnya kalau tidak kerana t-shirt yang dipakai, perbuatan makan di restoran makanan segera tersebut tidaklah nampak janggal pun.

Jadi, pastikan anda benar-benar faham apa yang anda perjuangkan sebelum menyatakan sokongan terhadap satu-satu perkara. Tidaklah nanti anda dikatakan hanya mengikut trend semata-mata.
Namun untuk bersangka baik, mungkin juga brader dalam gambar ni tidak rela makan di restoran makanan segera tersebut tapi telah dipaksa oleh aweknya.



0 comments:

Post a Comment