Terkini, Israel dikatakan cuba melibatkan Malaysia dalam kancah krisis mereka dan Palestin apabila media mereka mendakwan tentera Hamas dari Brigged al-Qassan telah dilatih di Malaysia. Perkara ini didakwa mereka telah diceritakan oleh seorang pejuang al-Qassam yang ditangkap oleh tentera Israel dan media Israel melaporkan lagi tentera tersebut bersama sembilan anggota lain menjalankan latihan serangan menggunakan payung terjun pada 2012 di Malaysia.
"Suspek menyertai Hamas pada 2007 dan menjadi sebahagian daripada unit tentera Hamas, Al-Qassam. Beliau menjadi cekap dalam penggunaan senapang automatik Kalashnikov dalam pelbagai posisi menembak," menurut The Jerusalem Post.
Jelas sekali semua ini hanyalah propaganda rejim Zionis untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza. Jelas Dr. Khaled Qadoumi, pemimpin kanan Hamas.
“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled seperti dilaporkan Astro Awani.Hamas menjelaskan Malaysia menjadi tumpuan untuk propaganda Tel Aviv ekoran peranan luar biasa kerajaan dan rakyat Malaysia dalam menyokong perjuangan Palestin di pentas antarabangsa.
“Semuanya dalah konspirasi Israel. Mengapa mereka menuduh Malaysia? Malaysia sebuah negara Islam yang bebas dan sentiasa berani berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus diserang dengan kejam,” tegas Dr Khaled lagi.
0 comments:
Post a Comment