KUALA LUMPUR: Pada petang semalam telah dilaporkan bahawa mengenai kemalangan Pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine, lapor Reuter. Memetik sumber industri penerbangan, laporan tersebut menyatakan pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat tersebut dikatakan membawa 298 orang penumpang,
Berita kehilangan pesawat kedua milik MAS dalam tempoh lima bulan itu menjadi tajuk utama 'breaking news' semua agensi berita antarabangsa sebentar tadi.
Sementara itu MAS melalui akuan twitternya mengesahkan sebuah pesawatnya MH17 kali terakhir dapat dihubungi di ruang udara Ukraine.
Laporan media barat memetik sumber industri pulak memberitahu pesawat tersebut terhempas selepas ditembak menggunakan roket dari darat ke udara di wilayah Ukraine yang sedang bergolak.
MENURUT RUSSIAN TODAY, pesawat penumpang tersebut dijangka memasuki ruang udara Rusia pada pukul 5:20 petang waktu tempatan, tetapi hilang tidak lama kemudian.
"Pesawat itu terhempas 60km dari sempadan, pesawat menghantar isyarat kecemasan," ITAR-Tass memetik sumbernya.
Laporan itu menjelaskan penduduk menjumpai serpihan kapal terbang, yang mereka boleh katakan milik Boeing MH17 tetapi tidak melihat sebarang jasad manusia.
0 comments:
Post a Comment