DUA anggota bomba yang bertugas dalam
misi menyelamat telah maut selepas tercampak keluar dari tingkat 13 akibat
letupan di sebuah apartmen di daerah Shanghai Xuhui, China pada waktu semalam.
Mangsa
tersebut ialah Qian Lingyun, 23, dan Liu Jie, 20, dilihat memegang antara satu
sama lain sewaktu jatuh ke bawah. Perkara ini sememangnya jarang berlaku di
dalam kes Bomba di seluruh dunia.
Kedua-duanya
kemudian segera dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia tidak lama
selepas itu. Mereka berdua dianggap hero kerana berani mencuba untuk menyelamatkan
keadaan.
Punca
kebakaran dalam apartmen tersebut masih tidak diketahui, namun pihak bomba
berkata, terdapat banyak alat eletrik yang disambung pada soket selain
pendawaian elektrik yang berselirat.
0 comments:
Post a Comment