Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan kereta pada 10 malam tadi. Selain itu, isteri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikatakan turut terlibat dalam kemalangan tersebut.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Desa Seri Hartamas ketika mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas keluar makan malam bersama keluarga.
Kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Pakar Damansara untuk menerima rawatan. Anwar Ibrahim dilaporkan mengalami keretakan di tangan kanannya berdekatan dengan bahu. Tapi tiada pembedahan lanjut diperlukan. Wan Azizah juga tidak mengalami kecederaan yang serius.
"Kedua-dua mereka tidak mengalami kecederaan yang serius dan dirawat sebagai pesakit luar" lapor Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
0 comments:
Post a Comment