Spekulasi dulu mengaitkan Diego Garcia ini mula
dikemukan secara serius sekarang apabila apabila ditemubual penduduk di
Maldives ini yang telah mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan
kepulauan tersebut pada hari kejadian.
Mengikut pengiraan secara tepat, Jarak antara Diego Garcia
dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu)
adalah 740km. Jarak ini sememangnya sesuai dengan waktu MH370 hilang.
Tambah lagi, teori ini mula timbul kerana berdasarkan kiraan
secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia ke Vietnam
dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut. Perkara ini tidak
dapat dibantah dan perlu di ambil secara serius.
MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini
terputus hubungan pada 1.21 pagi.
Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu
sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15
pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.
Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu
tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.
Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja
kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan
Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang
buat MH370 itu. Jadi mainan media memainkan peranan besar dalam penipuan ini.
Siapa yang betul siapa yang salah akan terjawab juga nanti.
0 comments:
Post a Comment