Pada
zaman sekarang ini ramai sindiket-sindiket yang telah mensasarkan pengguna baru
kad kredit/kad debit yang kurang arif mengenai transaksi kad kredit. Sindiket
akan menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan CVV2 (Card Verification
Value) iaitu tiga digit nombor terakhir di belakang kad kredit/kad debit
mangsa. Mereka menggunakan taktik ini bagi mendapatkan access ke dalam akaun
simpanan dan semasa milik seseorang itu. Anda semua dinasihatkan supaya menjaga
dengan sebaiknya kad kredit dan debit anda kerana ianya senang untuk digunakan
oleh individu yang tidak bertauliah seperti ini.
Modus Operansi:
1. Sindiket akan membuat panggilan telefon kepada pemegang kad
kredit atau debit dengan memaklumkan bahawa panggilan tersebut adalah daripada
pusat khidmat pelanggan bank yang dilanggani.
2. Sindiket memberitahu mangsa bahawa mereka merupakan pemegang
kad bertuah dan atas sebab tersebut, terdapat tawaran menarik seperti pakej
pelancongan, insurans sedang menanti.
3. Untuk menerima tawaran tersebut, mangsa perlu membuat
pengesahan nama penuh, nombor kad pengenalan dan tarikh luput kad.
4. Pihak sindiket kemudiannya akan meminta mangsa membacakan
nombor kad kredit/debit mangsa berserta tiga digit nombor terakhir di belakang
kad berkenaan.
5. Setelah semua maklumat tersebut diperolehi, sindiket berjanji
tawaran yang dimaksudkan akan dimaklum dalam tempoh terdekat.
6. Mangsa menyedari mereka tertipu apabila tawaran yang dijanjikan
tidak kunjung tiba dan mendapati terdapat transaksi pengeluaran wang tanpa
pengetahuan ketika menyemak penyata akaun bank.
Nasihat polis
1. JANGAN SESEKALI memberikan nombor kad kredit/ debit termasuk
tiga digit nombor terakhir yang terdapat di belakang kad berkenaan.
2. Segera menghubungi pihak bank sekiranya akaun anda digunakan
oleh pihak ketiga tanpa kebenaran anda.
3. Jangan dedahkan apa-apa maklumat peribadi perbankan anda kepada
orang yang tidak dikenali.
4. Hanya berurusan menerusi laman yang diperakui selamat.
5. Kemaskini maklumat terbaru berkenaan nombor telefon dan alamat
terkini untuk memudahkan pihak bank menghubungi sekiranya berlaku transaksi
yang luar biasa.
Sumber :
Facebook PDRM
0 comments:
Post a Comment