Disaat Negara kita kecoh dengan kehilangan
pesawat MH370, sedih lagi apabila anak melayu meninggal dunia di Konsert
Anjuran Festival Future Music yang diadakan di Stadium bukit Jalil ini.
Enam orang yang maut adalah termasuk tiga
gadis, disyaki akibat mengambil dadah secara overdos sehingga menyebabkan
mereka mengalami sesak nafas di Festival yang sangat besar itu.
Manakala lagi Tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh pada hari semalam.
Enam orang yang telah meninggal dunia itu adalah warganegara Malaysia yang berumur 19 hingga 28 tahun dan telah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi semalam.
Arwah yang meninggal ialah Kamal Zekry
Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28,
Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.
Al-fatihah bg yg berugama islam..smoga Allah ampunkn dosa2 kalian...Amin..
ReplyDelete