Nasihat anaknya Muhammad Aiman, 14,
yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak,
Sabak Bernam, Selangor yang menasihatinya agar memakai hijab serta
menutup aurat didengar oleh Ziana dengan hati terbuka.
"Aiman malah turut berpesan kepada saya jika mahu melawatnya di asrama
atau sekolah, saya perlu memakai hijab kerana tidak mahu memalukan
sekolahnya.
"Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; "bila Mama nak pakai tudung"? Apabila saya cakap saya perlukan masa untuk mengambil keputusan bertudung, dia cakap "kita tak tahu bila kita akan mati".
"Aiman cakap kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah
sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian
sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana
sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana," ujar
Ziana tanpa berselindung lagi.
Ramai juga rakan-rakan Aiman yang
mengenalinya sebagai penyanyi dan pelakon dan mereka seronok bertemu
dengannya.
"Sesekali apabila saya berjumpa Aiman di sekolah, ramai juga kawan-kawan
dia yang seronok dapat berjumpa dengan saya. Aiman pun rasa pelik sebab
mungkin dia tidak sangka ramai pula yang meminati saya. Selain itu,
setiap kali Aiman pulang ke rumah mesti ada kawan-kawan atau emak
kawan-kawan dia yang berkirim salam," katanya.
"Biarpun beberapa kali saya sudah ditegur oleh Aiman tentang berhijab
dan memakai menutup aurat, namun saya tidak pernah memarahinya. Malah
saya bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat
membimbing adik-adiknya nanti," ujar Ziana lagi dipetik sebagai berkata
pada media.
0 comments:
Post a Comment