Monday, 27 January 2014
13:39 0

MENARIK! Awie kembali bercinta dengan Erra Fazira?


Kembali bercinta yang dimaksudkan ialah kembali berlakon dengan Erra Fazira dalam cerita lama yang popular dulu.

Kata isteri Awie, "Mula-mula agak terperanjat juga bila Awie nyatakan hal itu.  Saya ada tanya tidakkah nanti akan terdetik atau terimbau kisah lama.  Tapi, bila saya fikir balik masing-masing sudah punya kehidupan sendiri.
 
"Jadi, saya terus kata OK dan tidak menghalang pun.  Saya tidak mahu fikir benda lain, kerana percayakan suami.  Lagi pula, itu kan urusan kerja.  Selama ini pun, saya menyokong setiap apa yang dilakukannya," ujar Rozana yang ditemui di sidang media konsert itu semalam.
 
Namun, satu perkara yang tidak diingini berlaku dalam perhubungan mereka ialah gosip dengan wanita lain.
 
"Sepanjang kami bersama, saya tidak pernah kacau kerja dia.  Gosip lain saya tidak kisah, tapi jangan gosip fasal perempuan.  Dari mula kahwin lagi saya sudah cakap tentang hal itu," kongsinya.
 
Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga menambah, dia tidak meletakkan syarat tertentu untuk suaminya kembali bergandingan bersama Erra.
 
"Saya kenal siapa suami saya dan saya percayakannya 100 peratus.  Lagi pun, saya juga merupakan peminat Erra Fazira," ujarnya lagi.

0 comments:

Post a Comment