Saturday, 25 January 2014
05:22 1

MENARIK! Anak Ziana Zain minta Ziana berhijab?



Muhammad Aiman, 14, merupakan anak kepada Ziana Zaian yang kini bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor turut menyuarakan agar Ziana memakai hijab jika mahu melawatnya di sekolah.

Jom baca teguran anaknya kepada Ziana Zain :-

“Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; ‘bila Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita.

Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,”

1 comments:

  1. kadang kadang keterpaksaan itu akan menimbulkan keikhlasan yg jitu...so tak payah tggu hati

    ReplyDelete