Saturday 16 August 2014
16:08 0

GEMPAR! Pelajar Tingkatan 3 mendakwa dirogol oleh Awie?


Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Besut akhirnya kantoi kerana sering keluar melalui tingkap bilik tidurnya untuk bertemu teman lelaki pada awal pagi pecah tembelang apabila perbuatan itu disedari ibunya. Kes seperti ini sememangnya biasa berlaku kan?

Rahsianya terbongkar Sabtu lalu oleh ibu remaja itu apabila dia terjaga daripada tidur kemudian selepas memeriksa bilik tidur anaknya namun mendapati anaknya tidak ada di dalam bilik manakala pintu tingkap terbuka.

Lebih malang, gara-gara tindakan mencuri keluar pada awal pagi menyebabkan pelajar itu mendakwa dirogol teman lelakinya yang dikenali dengan panggilan Awie yang tinggal bersebelahan rumahnya di sebuah kampung dekat Kuala Besut. 

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan menerima laporan tersebut dan memberitahu, sebaik menyedari anaknya tidak ada di dalam bilik, ibu mangsa pergi ke rumah jirannya itu dan mendapati mangsa berada di ruang tamu rumah bersama Awie. Menurutnya, ibu mangsa terus membawa anaknya pulang.

Mangsa didapati telah bersama dengan Awie dengan agak lama dan mengadakan hubungan seks dengan Awie beberapa kali di rumah.

0 comments:

Post a Comment