Oleh kerana lewat ke sekolah, seorang gadis melalui detik hitam apabila dia dijadikan habuan pemuas nafsu dua remaja lelaki rakan sekolahnya semalam.
Gadis berumur 16 tahun itu bukan sahaja dirogol bergilir-gilir oleh dua remaja terbabit, malah turut dipaksa melakukan onani sebelum gadis malang itu ditinggalkan di sebuah stesen minyak.
Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan lewat menyebabkan dia takut untuk masuk ke kawasan sekolah, sebaliknya menunggu di luar sekolah.
“Kira-kira jam 9 pagi, rakan lelakinya menghubungi dan mengajaknya keluar dengan menaiki sebuah motorsikal. Mangsa bersetuju dan dibawa ke sebuah rumah kedai di Taman Melawati.
“Ketika berada di rumah berkenaan, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks walaupun mangsa menolaknya,” katanya.
0 comments:
Post a Comment