Thursday 4 September 2014
21:20 0

MESTI TENGOK! Kisah Seram Angkara Tidak Mandi Wajib


Diharapkan kisah ini menjadi pedoman kepada kita semua pada hari Jumaat, penghulu segala hari ini. Kisah Jom kita bermula kisah ini dengan Bismillah. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian.Hari ini admin akan berkongsi satu cerita mengenai angkara seorang insan yang tidak mandi wajib dalam tempoh yang lama. Tak pasti la cerita ini betul atau tidak tetapi diharapkan ia dapat menjadi panduan untuk kita semua.

Kisah ini berlaku di Malaysia dan telah perlaku sudah lama. Kisah seram ini bukan berlaku pada saya tapi pada kawan kakak saya. Kisah in berlaku kira-kira pada tahun 80an. Kakak saya mempunyai kawan perempuan yang agak terkenal akan kenakalannya, namanya Ju. Orangnya ambil tak endah tentang pantang larang dan suruhan agama. Kalau datang bulan tak pernah mandi hadas atau mandi wajib. Apa yang berlaku, satu hari dia bersiar-siar dengan teman lelakinya di kawasan Clementi Woods.

Sedang asyik mereka berdua bersembang-sembang di situ, tiba-tiba boyfriendnya nampak dalam keadaan sangat cemas dan terus ajak pulang. Dia pun mula rasa marah kerana teman lelakinya tak cakap kenapa cepat sangat dia ingin pulang sedangkan hari masih siang. Dia ni selalu gaduh dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan. Sebab tulah tak suka balik siang. Kerana terpaksa, dia pun pulang. Kerana dia ni tak ada pantang larang, dia balik, buka pintu, dalam gelap dia masuk bilik. Tak cuci kaki, tak cuci muka, terus baring di atas katil. Tiba-tiba sedang dia pejamkan mata, dia terdengar bunyi macam orang mengebas cadar, kuat bunyinya. Perasaannya cuak gila sewaktu itu.


Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke tengkuk. Dia pun cubalah baca apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor, baca apa pun tak guna. Kemudian dia terdengar bisikan di telinga, “Nak tidur Ju???” Dia tak pasti samada dia dengar “Cu” atau “Ju” iaitu namanya. Walaupun sedang dalam keadaan takut, dengan mata tertutup, dia merangkak di lantai dan menuju ke pintu. Dia tahu selok-belok bilik itu kerana ada katil dan satu almari di tepi sahaja, jadi tengah2 semua kosong. Namun, semasa merangkak di tengah bilik, dia terlanggar sesuatu.

Dia pun apa lagi, terus cepat2 meluru ke pintu dalam keadaan merangkak. Dia terus mengetuk bilik kawannya. Lama juga baru kawannya buka dengan suaminya di sebelah. Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda2 ni, apalagi muka suaminya punyalah berang. Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa terjadi tak payah cerita pun. “Kau pergi mandi sekarang, menyusahkan orang aje bawak benda2 ni balik…” Sesudah mandi, dan suami kawannya dah halau benda tu keluar, dia nak tidur dalam bilik temannya tapi suami temannya tak benarkan, memang padan muka dia. Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al-Qur’an di tepi kepala, dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap. Berdesing telinganya. Sejauh mana kebenarannya admin sendiri pun tidak tahu tapi diharapkan ianya dapat memberikan sedikit sebanyak pengajaran kepada kita. Wallahualam

Sumber : Fuh.my

0 comments:

Post a Comment