Tuesday, 2 September 2014
21:52 0

MESTI TENGOK! Kisah Benar, "Saya Hanya Suka Tidur dengan Suami Orang"


Kisah ini merupakan kisah benar akan tetapi diminta kepada semua gadis agar tidak meniru perbuatan wanita ini. Setiap gadis muda atau wanita dewasa mengimpikan untuk mempunyai hubungan percintaan yang romantis dengan lelaki pujaan masing-masing yang mampu memberikan kebahagian dan kasih sayang yang cukup. Mana tidaknya, sudah lumrah wanita itu diciptakan untuk lelaki bukan?

Malah, setiap ciri-ciri lelaki yang ingin dijadikan sebagai pasangan hidup juga sentiasa diletakkan sebagai rencah utama dalam mengukur lengkapnya satu-satu hubungan percintaan itu. Tetapi berbeza dengan gadis yang bernama Dee ini. Gadis cantik yang mahu dikenali sebagai Dee ini mempunyai pemikiran dan juga alternatif lain untuk berkerja selain juga memenuhi keseronokan hidupnya.

Sejak tiga bulan lalu, wanita yang bergelar akauntan itu langsung tidak menyesal mempunyai gaya hidup sebagai seorang ‘playgirl’ sebaliknya, gembira kerana hidupnya dipenuhi dengan kemewahan yang diberikan oleh pasangan sementaranya. Hal ini membuatkannya beroleh side income yang ternyata lumayan dan sangat menguntungkan dirinya sendiri.

Jom kita ketahui apakah rahsia dan taktik Dee ini. Beliau sengaja mencara lelaki yang berstatus suami orang dan juga kaya sebagai mangsa. Tujuan Dee mencari pasangan yang berstatuskan suami orang adalahkerana ingin membantu lelaki-lelaki yang mempunyai masalah hubungan sama ada secara zahir atau batin dengan isteri mereka

Bagi Dee, isteri-isteri bagi setiap lelaki yang pernah mejadi pasangan dirinya patut berterima kasih kepadanya kerana telah membantu mereka dalam menyelesaikan masalah rumah tangga. Ini boleh menyebabkan kurangnya berlaku kes penceraian serta menghidupkan lagi suasana rumahtangga ujarnya begitu.

“Tiada apa-apa yang salah dengan apa yang saya lakukan. Saya hanya membantu setiap lelaki yang mempunyai masalah dengan isteri mereka dan apabila mereka selesai bertemu saya, mereka akan bahagia dan tenang pulang ke rumah untuk berjumpa dengan isteri mereka sendiri. Jadi, saya memberikan emosi yang baru setelah berasa bosan dengan isteri sendiri,” kata Dee seperti dalam Daily Chilli. Apakah respons anda semua mengenai kisah ini?

0 comments:

Post a Comment